Lima Pemain Senior Punca Ancelotti Dipecat

Diterbitkan: Sabtu, 30 September 2017 9:32 PM

Hoeness (kiri) dan Ancelotti.

(Ubah saiz teks)

PRESIDEN Kelab Bayern Munich mengakui terpaksa memecat Carlo Ancelotti.

Uli Hoeness berkata, dia tidak mempunyai pilihan selepas lima pemain senior tidak sependapat dengan Ancelotti.

Ancelotti dipecat selepas tewas 3-0 kepada Paris Saint-Germain dalam aksi Liga Juara-Juara Khamis lalu yang turut menyaksikan tiga pemain senior Mats Hummels, Arjen Robben dan Franck Ribery berada di bangku simpanan.

Media Jerman memberitahu, trio itu antara lima pemain yang tidak menyokong Ancelotti termasuk pemain pertahanan Jerome Boateng dan penyerang Thomas Muller.

Hoeness juga memberitahu bahawa Kongsley Coman antara pemain yang tidak bersetuju dengan pilihan Ancelotti.

"Saya mempelajari sesuatu dalam hidup ini - musuh dalam selimut adalah yang paling bahaya. Itulah yang perlu dihadapi.

"Sedia maklum, pada pandangan saya, beberapa hari lepas jurulatih meminggirkan lima pemain penting yang menentangnya, juga Coman, yang tidak beraksi," jelasnya kepada Radio FFH.

Ancelotti kini dilaporkan berminat untuk kembali ke kelab lamanya, AC Milan, manakala Bayern pula sedang mencari penggantinya.

Pemandu jurulatihnya, Willy Sagnol mengambil alih tuga utama untuk sementara waktu, namun Hoeness memberitahu kelab mahu pengurus baharu selepas cuti aksi antarabangsa nanti.

Tags / Kata Kunci: Carlo Ancelotti , Bayern Munich

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan