Alli Terima Padah Tunjuk Isyarat Lucah - Bola Sepak | mStar

Alli Terima Padah Tunjuk Isyarat Lucah

Diterbitkan: Sabtu, 30 September 2017 4:48 PM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah England digantung satu perlawanan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Dele Alli bernasib baik kerana hanya digantung satu perlawanan selepas  membuat isyarat lucah ketika saingan kelayakan Piala Dunia bertemu Slovakia awal bulan ini.

Isyarat tersebut dilakukan Alli ketika aksi kemenangan 2-1 ke atas lawannya, namun sebelum itu dia dikatakan tidak berpuas hati dengan pengadil Clement Turpin.

Alli dirakam melakukan perbuatan itu, namun dia mendakwat isyarat lucah tersebut sebagai gurauan kepada rakan sepasukannya Kyle Walker.

Jika disabitkan kesalahan, Alli boleh dikenakan penggantunggan sehingga empat perlawanan, namun Fifa hanya memberi satu hukuman sahaja kepada pemain Tottenham itu.

Menurut kenyataam Fifa, biarpun isyarat itu didakwa kepada rakannya, ia tetap salah.Alli terlepas perlawanan bertemu Slovenia di Stadium Wembly pada 5 Oktober ini.

Tags / Kata Kunci: Dele Alli

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan