Melaka United Lega

Diterbitkan: Khamis, 28 September 2017 3:34 PM

Foto kredit: Melaka United

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Melaka United (MU) mampu menarik nafas lega apabila berjaya menyelamatkan diri daripada zon penyingkiran setelah meletakan diri mereka di kedudukan kelapan carta Liga Super dengan mengumpul 24 mata selepas mengalahkan Selangor 2-1 di Stadium Hang Jebat Rabu malam.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (Musa) , Datuk Mohd Yusoff  Mahadi berkata dengan kejayaan tersebut bermakna bahawa pemain MU telah melunaskan tugas masing-masing sebelum tamat kampen Liga Super yang berbaki satu lagi perlawanan.

Beliau berkata sebelum masuk padang beliau telah meminta pemain agar melunaskan tugas mereka  kerana bimbang akan kecewa sekiranya gagal meraih mata penuh pada perlawanan penutup Liga Super bersama pasukan Kelantan di laman sendiri bulan depan.

“Secara di atas kertas kita tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan pasukan Kelantan, namun apa pun boleh berlaku dalam bola sepak ditambahkan lagi dengan kepimpinan baharu  Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang mungkin membawa semangat baharu pada pasukan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan antara pasukan Melaka United dan Selangor malam tadi.


Katanya kemenangan malam tadi merupakan kemenangan yang amat diharapkan dan besar maknanya kepada keluarga MU iaitu pemain, jurulatih, pengurusan Musa serta penyokong setia MU yang tidak ingin melihat pasukan kesayangan mereka tersingkir dalam saingan Liga Super tahun depan.

“Saya akui bahawa tugasan untuk mengalahkan pasukan Selangor bukan satu tugas mudah bagi pemain dan pasukan kerana kita tahu Selangor adalah sebuah pasukan yang lebih  kuat, lebih baik dan berpengalaman berbanding dengan MU yang masih baharu dalam Liga Super,” katanya.

Beliau berkata beliau dapat melihat semangat luar biasa untuk menang yang ditonjolkan oleh semua pemain apabila berjaya mengalahkan Selangor walaupun mendapat tentangan hebat daripada pasukan ‘The Red Gaint' itu yang tidak mudah mengalah sehingga tamat perlawanan.

Beliau berkata dengan kejayaan tersebut, Melaka United telah berjaya mencapai sasaran untuk tahun ini iaitu untuk terus kekal beraksi dalam Liga Super bagi musim hadapan.

Mohd Yusoff mengakui bahawa pihaknya menghadapi kesukaran untuk  membentuk sebuah pasukan yang kuat namun Musa optimis menjadikanya sebagai satu pembelajaran bagi membentuk pasukan yang lebih mantap pada masa akan datang.Beliau berkata kehadiran Eduardo Almeida pada pertengahan musim membawa sedikit perubahan kepada pasukan MU apabila jurulatih yang berasal daripada Portugal itu berjaya membentuk komunikasi dan lebih serasi dengan pemain.

“Saya fikir mungkin faktor usia Almeida yang muda (39 tahun)  dan bersifat lebih terbuka memberi kelebihan untuk beliau mendekati pemain.

“Almeida juga dilihat bijak menguna kelebihan  yang ada pada setiap pemain dan tidak mengharapkan sesuatu yang tidak mampu diberikan oleh pemain,” katanya.

Mohd Yusoff berkata beliau akan berbincang dengan Presiden Musa Datuk Seri Idris Haron mengenai perancangan musim hadapan pasukan dan tidak menolak kemungkinan untuk terus kekal  menggunakan khidmat Almeida bagi membimbing MU pada musin hadapan.

“Jika dilihat dari segi prestasi pasukan, saya rasa tidak rugi sekiranya Almeida terus diberi kepercayaan untuk membimbing skuad MU namum kita akan melakukan perbincangan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan akhir nanti,”katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Melaka United

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan