Hotel Punca Venue Ditukar - FMLLP

Diterbitkan: Khamis, 28 September 2017 10:40 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kontroversi pertukaran venue dan tarikh membabitkan aksi Felda United menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) semakin hangat apabila Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) tampil mempertahankan keputusan yang dilakukan pada saat akhir itu.

Badan pentadbir Liga Malaysia (Liga M) itu dalam satu kenyataan berkata pertukaran dilakukan kerana pasukan JDT mengalami masalah tempahan hotel berdekatan lokasi Stadium Tun Abdul Razak di Jengka, Pahang.

Malah, FMLLP mendakwa notis pindaan terpaksa dihantar pada saat akhir kerana tidak mendapat kata putus mengenai kesulitan itu daripada Felda United.

"Lokasi stadium ini unik berbanding stadium-stadium lain yang digunakan di dalam liga tempatan kerana ia mempunyai satu sahaja hotel yang boleh digunakan oleh pasukan pelawat yang berada kurang dari satu jam dari stadium tersebut.

"Walaupun stadium ini serba moden dan lengkap, jika pasukan pelawat tidak mendapat tempat di hotel tersebut, maka perjalanan pasukan pelawat ke stadium akan menjadi satu perkara yang tidak munasabah untuk dilakukan sebelum dan selepas sesuatu perlawanan profesional.

"Di dalam kes ini, pasukan pelawat tidak dapat menempah hotel berkenaan dan terpaksa mengalami perjalanan yang tidak wajar pada hari perlawanan," demikian menurut kenyataan itu.

FMLLP berkata pihaknya dan wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah bertemu dengan wakil Felda United pada awal pagi Selasa untuk membincangkan masalah yang dihadapi JDT.

"Pasukan pelawat telah memaklumkan kesulitan ini kepada pihak FMLLP pada malam Isnin dan wakil pihak FMLLP serta FAM telah berjumpa dengan wakil tuan rumah seberapa segera yang mungkin iaitu pada awal pagi Selasa.

Stadium Tun Abdul Razak di Jengka, Pahang sepatutnya menjadi venue asal perlawanan Felda United menentang JDT.

"Di perjumpaan ini pihak tuan rumah diminta memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada masalah yang dihadapi pihak pelawat dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi termasuk cadangan pindaan jika perlu.

"Bila pihak FMLLP tidak mendapat sebarang kata putus atau penyelesaian yang boleh digunapakai dari tuan rumah, maka FMLLP terpaksa menghantar notis pindaan pada pukul 3 petang," katanya.

Pada masa sama, FMLLP turut meluahkan rasa kesal kerana terpaksa melakukan pindaan pada saat akhir dalam menangani masalah yang timbul.

"Setelah mempertimbangkan semua faktor tersebut diatas, FMLLP dengan berat hati dan kesal kepada semua yang terlibat, terutama sekali penyokong, media dan penaja yang dihormati, memutuskan untuk meminda venue ke Stadium Shah Alam pada Khamis, 28 September," katanya.

Malah, FMLLP juga kecewa kerana perkara yang sepatutnya dibincangkan bersama itu dibawa ke media massa.

"FMLLP berasa kesal bahawa ekspresi dan luahan kekecewaan sesetengah pihak dibawa ke media massa walaupun ini adalan satu isu yang dibincangkan bersama. Bola sepak Malaysia memerlukan lebih kerjasama dan bukan luahan perasaan," katanya.

Jelas FMLLP, pindaan venue bukan isu terasing membabitkan kedua-dua pasukan itu sahaja.

"Masalah yang dihadapi pasukan pelawat kali ini adalah masalah yang tidak boleh berulang untuk perlawanan seterusnya.

"Pihak tuan rumah digesa mengambil inisiatif untuk memastikan satu hotel yang sesuai digunakan pasukan pelawat sedia menerima pasukan pelawat mengikut keperluan setiap pasukan," katanya.

Felda United sepatutnya menerima kunjungan JDT di Stadium Tun Abdul Razak di Jengka, malam Rabu.

Namun, FMLLP membuat pertukaran di saat akhir dengan memindahkan perlawanan berkenaan ke Stadium Shah Alam tanpa berbincang dengan pengurusan FELDA United, dan tarikh perlawanan ditunda pada Khamis.

Tags / Kata Kunci: JDT , Felda United , FMLLP

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan