Conte Mengeluh

Diterbitkan: Khamis, 28 September 2017 8:23 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS Jose Mourinho berang dengan jadual padat Liga Perdana Inggeris, kali ini giliran Pengurus Chelsea Antonio Conte menyatakan rasa tidak berpuas hati mengenai perkara itu.

Chelsea kembali beraksi pada Sabtu dengan pertembungan yang dianggap sengit menentang pendahulu Manchester City.

Conte menegaskan City mempunyai kelebihan kerana mempunyai masa tambahan untuk merehatkan pemainnya.

"Kami sedikit terpukul. Amat penting untuk membuat keputusan ini demi pasukan.

"Manchester City tiba di gelanggang sendiri semalam, ketika itu kami pula berada di gelanggang lawan.

"Kami tiba di London kira-kira pukul 4 pagi. Tempoh rehat sehari tidak masuk akal. Saya amat terkejut bahawa kami beraksi dalam pertembungan penting pada Sabtu dan bukannya Ahad. Itulah kebenarannya.

"Namun kami mahu bersedia dan mengharungi perlawanan itu. City pasukan kuat. Mereka menjaringkan banyak gol. Ia amat penting dalam liga, seseorang perlu menganalisis situasi ini," katanya.

Chelsea beraksi dalam keadaan berhempas pulas ketika menentang Atletico Madrid pada aksi Liga Juara-Juara.

Keadaan itu sekali gus mempengaruhi kesebelasan utama yang akan diturunkannya ketika menentang City, Sabtu ini.

"City pasukan yang kuat dalam liga. Saya mahu memeriksa semula keadaan pemain esok dan juga Jumaat sebelum perlawanan.

"Mungkin saya perlu menunggu satu atau dua jam sebelum bercakap dengan pemain. Anda kehilangan banyak tenaga secara fizikal mahupun mental. Saya akan bercakap dengan semua pemain dan kemudian membuat keputusan terbaik," katanya.

Tags / Kata Kunci: Antonio Conte , Chelsea

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan