PSG Guna Alves Pujuk Sanchez

Diterbitkan: Rabu, 27 September 2017 10:42 AM

(Ubah saiz teks)

PARIS Saint-Germain (PSG) yakin dapat mencapai pra persetujuan dengan bintang Arsenal, Alexis Sanchez mengenai potensi untuk menyertai kelab itu secara percuma pada musim panas akan datang.

Kelab gergasi Perancis itu mengadakan perbincangan dengan Sanchez pada Ogos lalu tetapi bintang Chile itu memilih untuk menyertai Manchester City.

Namun dia terpaksa berputih mata apabila perpindahan ke Etihad tidak menjadi kenyataan pada saat akhir.

PSG dilaporkan sanggup menawarkan sembilan juta pound sterling terhadap Sanchez untuk berhijrah ke Perancis.

Menurut El Mecurio, PSG yakin hubungan rapat Sanchez dengan Dani Alves akan membantu memudahkan perpindahan tersebut.

Pep Guardiola masih berminat terhadap Sanchez tetapi City perlu menyamai bidaan yang ditawarkan PSG terhadap pemain sayap itu.

Arsene Wenger enggan melepaskan Sanchez secara percuma dan tidak akan melayan sebarang tawaran terhadap pemain itu pada Januari depan.

The Gunners sanggup melepaskan Sanchez ke City pada Ogos lalu tetapi gagal memuktamadkan perpindahan Thomas Lemar dari Monaco sekali gus terpaksa menyekat penghijrahan bintang Chile itu.

Tags / Kata Kunci: PSG , Alexis Sanchez

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan