Isteri Pochettino Cemburu - Bola Sepak | mStar

Isteri Pochettino Cemburu

Diterbitkan: Rabu, 27 September 2017 7:52 AM

(Ubah saiz teks)

MAURICIO Pochettino mengakui dia menyayangi Harry Kane sehingga timbul cemburu di hati isteri pengurus itu.

Pengurus Tottenham Hotspur itu meluahkan kata sayang kepada Kane selepas penyerang itu melakukan hatrik ketika aksi menang 3-0 ke atas Apoel Nicosia dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.

Pemain berusia 24 tahun ini kini mengumpul sebelas gol dalam sebelas perlawanan terakhir kelab dan negara, menakala tahun ini sahaja dia telah menjaringkan 34 gol dan 30 penampilan keseluruhannya.

Dia menjadi pemain England ke-11 yang menjaringkan gol dalam Liga Juara-Juara secara hatrik selepas Andy Cole, Mike Newell, Michael Owen, Wayne Rooney, Alan Shearer dan Danny Welbeck.

Pochettino berkata, dia 'jatuh cinta' dengan ayam tambatan Spurs itu sejak Sabtu lalu ketika perlawanan bertemu West Ham.


"Kini isteri saya sangat cemburu, begitu juga dengan isterinya," ujarnya bergurau.

"Tetapi saya rasakan dia sangat luar biasa. Anda kenal, dia adalah Harry Kane.

"Semua penyerang mempunyai tahap dan keistimewaan tersendiri di depan gol. Mereka adalah pembunuh. Harry mempunyai keistimewaan itu."

Tags / Kata Kunci: Spurs
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan