Aidil Zafuan Digantung Empat Perlawanan

Diterbitkan: Rabu, 27 September 2017 8:39 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia kehilangan khidmat pemain pertahanan kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak pada baki tiga perlawanan aksi kelayakan Piala Asia 2019 selepas dikenakan tindakan penggantungan empat perlawanan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC mengenakan penggantungan terhadap pemain Johor Darul Ta'zim itu kerana mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya kepada pengadil dari Australia, Christopher Beath, ketika Malaysia seri 1-1 menentang Hong Kong dalam aksi kelayakan tersebut di Stadium Hang Jebat, 15 September lepas.

AFC dalam laman web, www.the-afc.com, menyebut pemain berkenaan juga didenda US$5,000 (RM21,040) kerana melanggar Artikel 50.1, iaitu kesalahan mencemarkan permainan.

Keputusan penggantungan itu menyaksikan Aidil Zafuan tidak akan beraksi pada tiga perlawanan di tempat lawan melibatkan pertemuan antara Malaysia dan Korea Utara di Pyongyang pada 5 Oktober ini, Hong Kong (10 Okt) dan aksi menentang Lubnan di Beirut pada 27 Mac 2018.

“Satu lagi penggantungan perlawanan akan dijalankan seterusnya mengikut Artikel 38.2.1 Kod Disiplin dan Etika AFC,” kata AFC, sambil mengingatkan pemain berkenaan bahawa hukuman lebih keras akan dikenakan ke atasnya jika mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.

Malaysia menghuni tangga tercorot Kumpulan B selepas mengutip satu mata selepas dua perlawanan.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Aidil Zafuan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan