Vingada Senarai 24 Pemain Ke Kem Latihan Pusat

Diterbitkan: Selasa, 26 September 2017 8:19 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Nelo Vingada (gambar) menyenaraikan 24 pemain untuk latihan pusat di Johor Bahru, Johor bermula 30 Sept ini  sebagai persediaan menghadapi dua perlawanan Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Stadium Kim Il-Sung, Pyongyang pada 5 Okt dan Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 10 Okt.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan 17 pemain daripada senarai 23 pemain dipanggil Vingada pada panggilan sebelum ini ketika skuad kebangsaan seri 1-1 dengan Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 Sept lalu dikekalkan untuk kem latihan pusat kali ini.

Enam pemain yang digugurkan terdiri daripada Rizal Ghazali (Kedah) dan Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT) yang digantung perlawanan serta penjaga gol Farhan Abu Bakar (Kedah), Ahmad Syamim Yahya (Pahang), Nasir Basharudin dan Nazrin Nawi (Perak).

Menurut kenyataan itu, seramai 15 pemain akan melapor diri pada Isnin ini manakala 11 pemain JDT perlu melapor diri pada Jumaat selepas mereka selesai tugasan Piala AFC bertemu Ceres Negros di Filipina.   Sebagai ganti, Vingada telah menyenaraikan seramai tujuh pemain baharu termasuk enam pemain dari skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee yang meraih pingat perak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan lalu.

Mereka terdiri daripada penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), Safawi Rasid (JDT), Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Adam Nor Azlin (Selangor) dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) serta seorang lagi muka baharu iaitu Nazmi Faiz Mansor dari JDT.

Selepas menjalani latihan pusat selama tiga hari di Johor Bahru bermula Sabtu ini, skuad kebangsaan akan berlepas ke Pyongyang melalui Singapura dan Beijing pada Selasa depan.

SENARAI PEMAIN:

Penjaga gol: Ifwat Akmal Chel Kassim (Kedah), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak), Khairulazhan Khalid (Selangor).

Pertahanan: Khairul Helmi Johari, Fitri Omar (Kedah); Sharom Abdul Kalam, Nazirul Naim Che Hashim, Amirul Azhan Aznan (Perak); Matthew Davies (Pahang); Adam Nor Azlin (Selangor).

Tengah: Baddrol Bakhtiar, Syazwan Zainon, Akram Mahinan (Kedah); Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Nazmi Faiz Mansor (JDT); Kiko Insa, Nor Azam Abdul Azih (Pahang); Wan Zack Haikal Wan Nor (Felda Utd); Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang).

Penyerang: Shahrel Fikri Md Fauzi (PKNP); Safawi Rashid, Darren Lok, Ahmad Hazwan Bakri (JDT). - Bernama

Tags / Kata Kunci: Vingada

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan