Ketua Pasukan B-22 Negara Dirisik

Diterbitkan: Selasa, 26 September 2017 10:09 AM

Muhammad Adib (kiri) berebut bola dengan penyerang Indonesia, Sepitan David Maulana pada perlawanan Bola Sepak Lelaki separuh akhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Shah Alam, 26 Ogos lalu. - Bernama

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kapten pasukan bola sepak Bawah 22 (B-22) negara, Muhammad Adib Zainudin mendedahkan beliau kini sedang dirisik oleh tiga pasukan yang bermain di Liga Super dan Liga Perdana.

Katanya, ketiga-tiga pasukan berkenaan berminat untuk mendapatkan khidmatnya bagi menghadapi Liga Malaysia pada musim hadapan.

"Perbincangan kini sedang dijalankan bagaimanapun tiada lagi hitam putih dan keputusan penuh antara saya dan kelab berkenaan," katanya kepada pemberita di Majlis Penyampaian Insentif Atlet Sukan SEA dan Sukan Universiti Dunia 2017 Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini malam Isnin.

Insentif berkenaan disampaikan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UITM), Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

Sejumlah 31 pelajar UITM termasuk Muhammad Adib yang memenangi pingat semasa mewakili negara dalam Sukan SEA KL2017 dan Sukan Universiti Dunia 2017 menerima insentif masing-masing pada majlis itu.

Muhammad Adib adalah penuntut tahun akhir Diploma Sains Sukan di UiTM.

Beliau turut menyatakan kesediaannya berhijrah sekiranya mendapat tawaran dari kelab luar negara.

"Sekiranya ada tawaran dari kelab luar seperti dari Thailand atau Indonesia saya pasti akan terima, ia sebagai satu pengalaman yang amat berharga jika dapat bermain di luar negara," katanya.

Beliau bersama beberapa lagi pemain pasukan B-22 negara antaranya Adam Nor Azlin (Selangor), N. Thanabalan (Felcra FC), Syamer Kutty Abba dan Muhd Jafri Firdaus Chew (Pulau Pinang) serta pemain Pahang, Muhamad Nor Azam Abdul Azih diintai kelab dari luar negara selepas mempamerkan aksi memberangsangkan dan membantu negara memenangi pingat perak pada KL2017. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Muhammad Adib Zainudin

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan