Thanabalan Intai Liga Perdana

Diterbitkan: Isnin, 25 September 2017 4:08 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hanya dua langkah sahaja lagi untuk Felcra FC memastikan slot layak ke saingan Liga Perdana musim depan.

Penyerang sensasi negara, N. Thanabalan berharap kelabnya ini  dapat berjuang habis-habisan untuk saingan timbal balik suku akhir Piala FAM bertemu Terengganu City Rabu ini.

Pemain kebangsaan berusia 22 tahun itu berkata, kehadiranya bukan sekadar untuk berpuas hati dengan keputusan seri

"Pada aksi pertama sebelum ini (19 September), kami sekadar seri (1-1) bermain di tempat lawan. Terengganu City bukan calang-calang pasukan dan mereka boleh bersaing.

"Pastinya mereka juga mahukan yang terbaik pada perlawanan kedua ini. Tetapi kami memiliki kelebihan sebagai tuan rumah dan jika seri 0-0, kami sudah layak ke separuh akhir.

"Namun bagi saya, sebolehnya mahu mendapatkan gol dan mata penuh," jelasnya kepada mStar Online.

Jelas Thanabalan, perlawanan ini penting bagi memastikan Felcra layak ke separuh akhir.

"Jika layak kami akan berdepan dengan Sime Darby atau MOF. Kedua-dua juga bukan mudah. Tetapi alang-alang sudah sampai ke tahap ini, saya harapkan rakan sepasukan kekal  fokus.

"Jika layak ke final, kami secara automatik mara ke Liga Perdana musim depan," ujarnya yang dijangka akan dikawal ketat pada aksi suku akhir kedua di Arena Universitu Malaya (UM) Rabu ini.

Dalam pada itu, Thanabalan belum pasti masa depannya bersama Felcra musim depan.

"Saya masih mempunyai kontrak setahun bersama Negeri Sembilan. Kalau dipanggil balik, saya ikut sahaja," ujarnya yang bermain secara pinjaman di Felcra FC.

Tags / Kata Kunci: N. Thanabalan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan