Demi Neymar, PSG Tawar Cavani €1 Juta - Bola Sepak | mStar

Demi Neymar, PSG Tawar Cavani €1 Juta

Diterbitkan: Isnin, 25 September 2017 11:05 AM

(Ubah saiz teks)

EDINSON Cavani menolak tawaran Paris Saint-Germian (PSG) sebanyak €1 juta untuk menyerahkan sebahagian tanggungjawab kepada Neymar.

Akhbar Sepanyol, El Pais melaporkan , Cavani telah ditawar untuk menyerahkan tanggungjawab mengambil sepakan penalti kepada Neymar.

Cavani bertindak demikian kerana merasakan dia mampu mendapatkan bonus dengan jumlah sama sekiranya tampil sebagai penjaring terbanyak di Ligue 1.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi didakwa telah meluangkan masa selama seminggu sejak minggu lalu untuk menyelesaikan masalah Neymar- Cavani, namun masih gagal.

Dua penyerang itu berebut untuk mengambil sepakan percuma dan penalti ketika menang ke atas Lyon minggu lalu.

Beirkutan kejadian memalukan itu, Neymar dikatakan kecewa dengan sikap Cavani.

Neymar yang merupakan pemain termahal dunia ketika ini pastinya menjadi pemain kesayangan PSG.

Tags / Kata Kunci: PSG , Neymar , Cavani
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan