Maklumat Bayaran Neymar Bocor

Diterbitkan: Isnin, 25 September 2017 7:55 AM

Neymar. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

BUTIRAN kontrak Neymar bersama Paris Saint-Germain (PSG) kini dibocorkan dalam media Jerman.

Perpindahan Neymar ke Perancis yang mencetuskan kejutan dalam dunia bola sepak pada musim panas kini beralih kepada harga pemain itu.

Menerusi dokumen berhubung perpindahan bernilai £198 juta (RM1.12 bilion) sebaik sahaja klausa pembelian dicapai, Neymar menjadi pemain paling mahal dalam sejarah bola sepak.

Bagaimanapun, butiran lanjut dalam kontrak yang ditandatangani pemain itu menunjukkan bahawa nilainya bertambah sejak perpindahannya dari Barcelona ke Paris.

Penerbitan Jerman, Der Spiegel mendedahkan perkara tersebut berdasarkan maklumat daripada Football Leaks, yang menyatakan bahawa pemain berusia 25 tahun itu memperoleh lebih £600,000 (RM3.4 juta) seminggu.

Kontrak lima tahun yang ditandangani Neymar menjamin pemain itu dengan bayaran £32.7 juta (RM185 juta) setahun, sekali gus bersamaan £88,000 (RM499,119) sehari.

Gaji tersebut menunjukkan Neymar kini merupakan pemain yang mendapat bayaran paling tinggi dalam dunia bola sepak, apabila jumlah bayaran yang diterimanya secara mingguan lebih tinggi berbanding Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.  

Kebocoran maklumat itu turut mendedahkan bahawa PSG akan membayar Barcelona sehingga £214 juta (RM1.2 bilion) buat penyerang itu bagi kontrak lima tahun di Perancis. - Mail Online


Tags / Kata Kunci: Neymar

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan