Pesan Nidzam Adzha Buat Pengkrtitik Kedah

Diterbitkan: Isnin, 25 September 2017 9:16 AM

(Ubah saiz teks)

"KAMI bukan menang nasib" luah Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff kepada pemberita selepas Kedah berjaya menewaskan Selangor dalam perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia malam tadi.

Legenda skuad hijau kuning itu berkata, kemenangan di Stadium Darul Aman itu mampu menutup mulut pengkritik yang menganggap Kedah sekadar menang nasib dalam suku akhir pertama di Selayang.

Sebagai bukti, jelasnya aksi yang dipamerkan Fitri Omar, Baddrol Bakhtiar, Syazwan Zainon, Khairul Helmi Johari, Rizal Ghazali bersama empat pemain import, Sandro Da Silva, Liridon Krasniqi, Ken Ilso Larsen dan Zachary Anderson telah menghasilakan kemenangan.

"Kita dapat lihat keyakinan dan kesungguhan pemain untuk menang dalam perlawanan ini atau bangkit daripada kekalahan sebelum ini walaupun ia perlawanan Liga Super.

"Kita telah menjangkakan bahawa Selangor akan memberi tekanan sejak awal permainan untuk mendapatkan gol tempat lawan.

"Tetapi, barisan pertahanan dan penjaga gol, Ifwat Akmal Che Kassim bermain dengan baik untuk menafikan usaha mereka serta memastikan kita ke separuh akhir.

"Kemenangan dan kemampuan Kedah telah membuktikan bahawa kita tidak menang kerana nasib di Selayang tetapi ia hasil usaha setiap pemain di atas padang," katanya.

Gol tunggal perlawanan tersebut hadri selepas pertahanan Selangor, Ugo Ukah menjatuhkan Ken Ilso di dalam kotak penalti.

Sandro yang menyempurnakan sepakan berkenaan turut mengeret kedudukan 1-0 hingga tamat permainan.

Kedah akan bertemu Felda United dalam saingan separuh akhir.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Selangor , Piala Malaysia

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan