Maafkan Saya - Neymar

Diterbitkan: Sabtu, 23 September 2017 7:23 AM

(Ubah saiz teks)

NEYMAR meminta maaf kepada rakan pasukan atas kontroversi yang melanda pada permulaan musimnya bersama Paris Saint Germain (PSG) selepas perpindahan bernilai 198 juta pound sterling dari Barcelona, Ogos lalu.

Menurut laporan akhbar Perancis, L'Equipe, permohonan maaf itu dibuat Neymar terhadap semua pemain termasuk Edinson Cavani selepas kedua-duanya terlibat dalam pergaduhan di bilik persalinan ketika PSG menundukkan Lyon 2-0.

"Selepas perbalahan yang berlaku pada Ahad antara Neymar dan Cavani, pemain Brazil itu memohon maaf kepada pemain PSG.

"Neymar ingin memohon maaf pada Rabu kepada rakan pasukan selepas sesi latihan.

"Thiago Silva bertindak sebagai juru bahasa kepada Neymar yang amat menyesali perbuatannya semasa di bilik persalinan.

Bukan itu sahaja, pemain pertahanan Dani Alves yang campur tangan dalam perbalahan ketika sepakan penalti pada aksi menentang Lyon turut membawa kedua-dua pemain tersebut untuk menikmati makan malam bersama.

"Alves mengajak rakan pasukannya itu untuk makan malam di Victoria Paris.

"Edinson Cavani dan Neymar berada dalam keadaan tenang selepas perbalahan pada Ahad susulan drama semasa mengambil sepakan penalti.

Kedua-dua pemain itu menghadiri makan malam bersama dalam suasana harmoni.

Tags / Kata Kunci: Neymar , Edinson Cavani , PSG

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan