Bayaran Gaji Liga Super TRW Isnin Depan

Diterbitkan: Sabtu, 23 September 2017 6:49 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kurang seminggu menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan (gambar) mengesahkan akan melunaskan gaji pemain Liga Super skuad Kijang itu bagi bulan Julai dan Ogos pada Isnin depan.

Menurut presiden baharu Kafa itu, beliau sekali lagi akan melunaskan bayaran gaji tersebut menggunakan wangnya sendiri.

"Saya akan serah sendiri bayaran gaji itu kepada pemain Liga Super dalam satu majlis yang akan berlangsung pada Isnin depan.

"Saya harap bayaran gaji itu akan menyuntik semangat pemain untuk mempamerkan persembahan terbaik mereka menjelang aksi menentang PKNS malam Rabu depan," katanya kepada mStar Online.

Diminta mengulas mengenai jumlah wang yang terpaksa dikeluarkan untuk menyelesaikan bayaran gaji pemain The Red Warriors (TRW), Bibi berkata jumlah tersebut tidak perlu didedahkan.

Sebaliknya beliau berkata apa yang lebih penting adalah tanggungjawab beliau sebagai presiden untuk menjaga kebajikan pemain telah dijalankan.

"Pecah celeng (tabung) yang besar sikit pula. Semuanya demi menjalankan tanggungjawab kepada pemain supaya tidak menghampakan penyokong dan rakyat Kelantan," katanya.

Pengasas Desa Murni Batik Kota Bahru itu berkata pembayaran itu membabitkan gaji bulan Julai kepada sebahagian pemain yang masih belum menerimanya dan juga (gaji) Ogos.

"Selain gaji bulan Ogos, bayaran akan diserahkan kepada sebahagian pemain yang masih belum terima gaji bulan Julai. Ada beberapa pemain sudah terima gaji bulan Julai mereka semasa saya lunaskan gaji skuad Piala Presiden Selasa lalu," katanya.

Sementara itu, Bibi menyifatkan baki dua perlawanan ketika menentang PKNS (27 September) dan Melaka United, 28 Oktober depan sebagai wajib dimenangi untuk mengelak TRW daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

"Saya minta semua pemain supaya kekal fokus dalam dua aksi terakhir agar Kelantan terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan. Jangan sia-siakan peluang terutamanya ketika beraksi di gelanggang sendiri Rabu depan," katanya.

Kelantan kini menduduki tangga ketiga dari bawah carta liga dengan mengumpul 18 mata.

Anak buah Zahasmi Ismail itu terpaksa berentap dengan pencabar zon penyingkiran Sarawak yang ketinggalan satu mata manakala Pulau Pinang sudah sah tiket ke Liga Perdana musim depan setelah mengumpul hanya 12 mata selepas 20 perlawanan.

Tags / Kata Kunci: TRW

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan