Jumpa Beckham, TMJ 'Sinis'

Diterbitkan: Jumaat, 22 September 2017 9:47 AM

Foto Facebook Johor Southern Tigers.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Susulan dakwaan 'membayar' Chelsea untuk mempaparkan nama Johor Darul Ta'zim (JDT) di papan LED Stadium Stamford Bridge baru-baru ini, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini seolah-olah sudah bersedia menangkis kecaman netizen apabila memuat naik gambar pertemuannya dengan legenda Manchester United, David Beckham.

Menerusi beberapa keping gambar bersama Beckham yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers, awal pagi Jumaat, Tunku Ismail memberikan jawapan sinis tetapi bersahaja kepada mereka yang dirasakan akan mengkritik dan membuat pelbagai dakwaan apabila melihat gambar-gambar berkenaan.

"Ini kalau tak edit, mesti bayar punya ni.." demikian satu-satunya ayat Tunku Ismail yang ditulis sebagai kapsyen gambar tersebut.

Tunku Ismail berkongsi gambar swafoto bersama Beckham yang datang ke Malaysia sempena program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival.

Dalam gambar tersebut, Beckham turut menerima jersi JDT No.7 daripada Tunku Ismail.

Beckham yang juga suami kepada penyanyi Spice Girls, Victoria dilantik sebagai Duta Global AIA pada Mac lalu. Ini bukan kunjungan pertama Beckham ke Kuala Lumpur.

Pada November 2014, beliau turut dijemput menghadiri sambutan ulang tahun jam jenama mewah di Pavilion.

Bagi Tunku Ismail, ini juga bukanlah kali pertama beliau bertemu dengan pemain terkemuka dunia.

Pada Julai lalu, pemilik JDT itu turut berkongsi gambar swafoto bersama pemain sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang hadir makan malam bersama beliau semasa kunjungannya ke Singapura.


Tags / Kata Kunci: TMJ , David Beckham

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan