Manchester United Mahu Beli Pemain Lagi

Diterbitkan: Jumaat, 22 September 2017 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

ED Woodward membayangkan Manchester United akan meneruskan aktiviti pembelian pemain bertaraf bintang pada jendela pemindahan pemain akan datang.

Bayangan itu diberikan selepas ketua eksekutif United itu mengakui pembelian pemain kali ini berbaloi dan menggembirakan.

Pada jendela pemain baru-baru ini, Jose Mourinho mendapatkan Romelu Lukaku, Nemanja Matic dan Victor Lindelof dengan perbelanjaan besar.

Pelaburan itu dianggap berbaloi apabila kehadiran pemain berkenaan memberi kesan dan meletakkan kembali United sebagai pasukan digeruni.

"Kami gembira kerana kelab ini telah menunjukkan kemajuan dengan kedudukan di Liga Perdana Inggeris sekarang.

"Kami juga gembira kerana pembelian pemian kali ini berbaloi. Kami percaya penambahan pemain ini akan lebih memantapkan pasukan.

"Kemasukan tiga pemain baru dan memperbaharui kontrak pemain sedia ada menunjukkan kami sedia mencabar setiap piala," katanya.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Jose Mourinho

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan