Liverpool Mampu Kalahkan Mana-Mana Pasukan - Mane

Diterbitkan: Jumaat, 22 September 2017 11:33 AM

(Ubah saiz teks)

SADIO Mane percaya Liverpool mampu menewaskan mana-mana pasukan untuk kembali merebut Liga Perdana Inggeirs musim ini.

Penyerang Senegal yang digantung tiga perlawanan kerana menggasari pemain lawan baru-baru ini melahirkan keyakinan berdasarkan karektor yang dimiliki Liverpool.

Menurutnya, walaupun tewas dan seri selepas berjaya membenam Arsenal 4-0 di laman sendiri, namun pemain Liverpool belum kecewa dengan aksi mereka.

"Kekalahan memang aka berlaku dalam bola sepak. Tetapi akan memiliki sebuah pasukan yang hebat dengan kualiti yang terbaik untuk bangun mencabar.

"Kami akan terus berusaha untuk menang perlawanan selepas ini dan merebut piala liga," katanya kepada ESPN.

Selain itu, Mane memberitahu, tindakan Liverpool mengekalkan Philippe Coutinho adalah keputusan bijak.

"Dia bukan sahaja penting untuk saya tetapi menjadi keutamaan kelab. Dia seorang daripada pemain terbaik.

"Kami gembira melihat dia kekal kerana dia adalah pemain penting Liverpool," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Sadio Mane

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan