Tukar Gelaran TRW: Tak Ke Arah Itu Lagi

Diterbitkan: Jumaat, 22 September 2017 12:47 PM

Foto Facebook Bibi Ramjani.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan memohon agar semua pihak khususnya penyokong skuad Kijang tidak mempersoalkan cadangan untuk menukar gelaran nama The Red Warriors (TRW) buat masa ini.

Sebaliknya, beliau meminta penyokong supaya hadir memenuhi Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baharu ketika Kelantan melayan kunjungan PKNS, malam Rabu depan yang disifatkan sebagai aksi penting sebelum perlawanan penutup tirai Liga Super 28 Oktober depan.

"Tak perlu persoal dalam waktu begini. Tak ke arah itu lagi. Saya hanya minta penonton supaya datang ke stadium memberi sokongan kepada pemain agar mereka dapat bermain dengan lebih mantap dan menang di tempat sendiri.

"Sekurang-kurangnya dengan kehadiran penyokong, mereka boleh menilai sendiri (mengenai cadangan itu). Kita kena fokus perlawanan Rabu depan dengan meraih kemenangan agar pasukan tidak turun liga," katanya kepada mStar Online.

Pengasas Desa Murni Batik Kota Bharu itu berkata beliau sendiri masih di peringkat mengenal pasti masalah yang menghantui prestasi skuad kendalian ketua jurulatih, Zahasmi Ismail ketika ini.

Malah, Bibi menganggap isu gaji tidak sepatutnya dijadikan sebagai punca prestasi pemain TRW jatuh merudum.

"Saya dah tengok sendiri rekod (Kafa), bulan Julai tak banyak pemain belum terima gaji cuma tunggakan membabitkan bulan Ogos sahaja. Sebelum ini tak pernah tertunggak pun.

"Bagi saya pemain tak boleh salahkan gaji kalau prestasi dia jatuh. Berdasarkan pemerhatian saya, prestasi mereka jatuh sejak Kelantan jual Mohammed Ghaddar ke JDT... mungkin pemain import masih belum serasi," katanya.

Diminta mengulas mengenai penukaran warna merah jambu yang masih menghiasi Stadium Sultan Muhammad IV, Bibi berkata beliau masih belum ada perancangan ke arah itu.

"Stadium bukan di bawah pengurusan Kafa tapi diuruskan Perbadanan Negeri Kelantan. Kita tak boleh campur. Kita akan selesaikan perkara yang lebih mustahak dahulu," katanya.

Namun sekiranya mendapat kebenaran untuk menukar warna sedia ada pada stadium itu, Bibi berkata beliau akan cuba mendapatkan penaja untuk tujuan tersebut.

"Macam (tukar) cat, saya mungkin akan cari penaja andai dapat kebenaran daripada perbadanan stadium. Tapi buat masa ini kita belum ke arah itu lagi," katanya.

Kelantan kini menduduki tangga ke-10, mendahului dua pasukan tercorot Liga Super, Sarawak dan Pulau Pinang dengan mengumpul 18 mata daripada 20 perlawanan setakat ini.

Anak buah Zahasmi itu perlu memenangi dua perlawanan terakhir iaitu aksi menentang PKNS pada Rabu depan dan Melaka United, 28 Oktober ini untuk memastikan terus kekal di pentas Liga Super musim depan.


Tags / Kata Kunci: Kafa , TRW , Bibi Ramjani

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan