Diego Costa Dapat Kelab Baru

Diterbitkan: Jumaat, 22 September 2017 3:37 PM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Chelsea yang disisihkan, Diego Costa bakal mengakhiri detik kesunyian tanpa pasukan selepas meninggalkan Brazil untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

Pemain Sepanyol itu dilapor meninggalkan Brazil untuk ke Madrid bagi kembali bersama ke kelab lamanya Atletico Madrid.

Costa sebelum ini telah dilapor akan kembali bersama Atletico tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana kelab tersebut sedang menjalani tempoh pergantungan pemindahan pemain.

Bagaimanapun, dia akhirnya meninggalkan Chelsea secara rasmi dengan yuran pemindahan sebanyak £55 juta.

Pemain kelahiran Brazil berkenaan akan menjalani pemeriksaan perubatan dalam tempoh 24 jam sebelum menyelesaikan urusan kontrak menjelang minggu depan.

Costa menyertai Chelsea dengan nilai £32 juta pada 2014.

Daily Mail melaporkan, Costa bakal menandatangani kontrak selama empat tahun dengan tambah bonus.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Atletico Madrid

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan