“Saya Lebih Benci Berdepan Costa”

Diterbitkan: Jumaat, 22 September 2017 3:50 PM

Alvaro Morata

(Ubah saiz teks)

DIEGO Costa adalah penyerang utama yang lebih baik berbanding pemain yang menggantikannya di Chelsea, Alvaro Morata, menurut Phil Neville.

Chelsea pada Khamis mengumumkan bahawa mereka telah bersetuju untuk menjual Costa semula ke Atletico Madrid, dengan pemain itu kini bersedia menjalani pemeriksaan kesihatan di ibu kota Sepanyol dan membincangkan terma peribadi dengan kelab La Liga tersebut.

Costa enggan kembali ke pusat latihan Cobham musim panas ini, sebaliknya terus kekal di Brazil dengan harapan Atletico dapat melakukan sesuatu bagi mencapai kesepakatan untuk membawanya kembali ke Madrid.

Akibatnya, Chelsea memecahkan rekod kelab dengan menandatangani Alvaro Morata dari Real Madrid pada Julai dan penyerang Sepanyol itu telah pun menjaringkan tiga gol, semuanya menggunakan kepala dalam lima pertandingan pertamanya.

Bagaimanapun, jika diberi pilihan membuat keputusan, Neville masih akan memilih Costa yang menjaringkan 59 gol dalam hanya 120 perlawanan untuk kelab barat London itu.

Diego Costa. -fotoREUTERS

"Saya lebih suka Costa ada dalam pasukan saya sekarang ini berbanding Morata, jujur ​​saya beritahu kamu," kata bekas pertahanan Manchester United dan England ini kepada The Debate.

"Saya rasa dia lebih sesuai dengan corak permainan Inggeris. Morata mempunyai potensi besar, tetapi jika anda adalah seorang pengurus pasukan lawan, anda sebenarnya lebih rela berdepan Morata berbanding Costa.

"Dia seorang pemain yang hebat, dia menjaringkan gol dan merupakan pemain yang anda mahukan, saya suka dia berada dalam pasukan saya.

"Morata berbeza, dia menunjukkan kemajuan. Costa anda boleh biarkan dia bersendirian dan dia akan 'menyelesaikannya' dari setiap sudut. Dia akan mencuba dan membuli semua pemain.

"Sedangkan Morata sedikit comel dalam pergerakannya, dia bagus dalam melakukan hantaran.

"Tetapi saat dia masuk ke dalam kotak, saya sebenarnya menganggap Morata lebih baik daripada Costa.

"Jika anda bertanya kepada saya sebagai pemain pertahanan tengah, saya benci untuk berdepan Diego Costa, saya pasti.

"Dan Morata sentiasa nampak baik, dia tiada watak jahat yang ada pada Costa." -skysports

Tags / Kata Kunci: Diego Costa , Phil Neville , Alvaro Morata

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan