Bakayoko Ok - Rakan

Diterbitkan: Jumaat, 22 September 2017 7:40 AM

(Ubah saiz teks)

TIEMOUE Bakayoko berada dalam keadaan ok selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari menjalani sesi latihan, kata rakan sepasukannya, Michy Batshuayi.

Lokasi kemalangan membabitkan kereta yang dipandu Bakayoko berlaku kira-kira lima minit dari kompleks latihan Chelsea di Surrey.

Foto kereta jenis Merceders G63 AMG SUV miliknya dilihat masuk ke dalam kawasan semak dan cermin bahagian hadapan retak menjadi tular di media sosial.

Polis Surrrey mengesahkan insiden tersebut.

"Polis dikejarkan ke lokasi kejadian kira-kira pukul 4.40 petang selepas menerima panggilan kecemasan membabitkan sebuah kenderaan.

"Pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan," demikian menurut kenyataan Polis Surrey.

Batshuayi mengesahkan Bakayoko dalam keadaan ok selepas insiden pada Khamis itu.

Diminta mengulas mengenai kesihatan Bakayoko, Batshuayi berkata rakannya itu  tidak mengalami sebarang kecederaan.

Insiden itu berlaku selepas adik Bakayoko, Namory memberitahu pemain tengah Chelsea itu masih menyesuaikan diri dengan cara pemanduan di England.

"Tiemoue beritahu saya dia tidak membenarkan dirinya untuk memandu kerana merasakan pelik untuk memandu di sebelah kiri. Namun dia terpaksa memberanikan dirinya," kata Namory.

Tags / Kata Kunci: Tiemoue Bakayoko , Chelsea

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan