“Apa Nak Buat, Mereka Tak Sudi”

Diterbitkan: Jumaat, 22 September 2017 9:48 AM

Pierre Emerick Aubameyang. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

PIERRE Emerick Aubameyang menegaskan dia tidak lagi bermimpi untuk berpindah ke Real Madrid.

Aubameyang kelihatan bersedia untuk meninggalkan Borussia Dortmund pada musim panas ini apabila dia dikaitkan dengan beberapa kelab.

Penyerang berusia 28 tahun itu telah beberapa kali telah menjelaskan bahawa dia gembira jika mendapat peluang bermain untuk Madrid.

Tetapi selepas langkah itu gagal, Aubameyang kekal di Dortmund.

Dia berkata keputusan terhadap semua kemelut perpindahannya kini terletak di tangannya.

Aubameyang memberitahu RMC: "Saya tiada impian. Saya tidak lagi bercakap tentang Madrid.

"Mereka tak mahu saya. Ini bukan satu masalah. Saya teruskan hidup. Saya baik-baik saja di Dortmund.

"Saya rasa bahawa kelab-kelab itu tidak mahu berusaha pergi jauh untuk saya. Saya tidak dapat elak.

"Saya mempunyai persetujuan dengan Borussia bahawa saya boleh meninggalkan kelab tapi ia tidak berlaku. Ia adalah satu kekecewaan. Tetapi saya juga gembira kekal di sini."

Aubameyang juga mendakwa dia telah bertemu dengan presiden Paris St-Germain, Nasser Al-Khelaifi tetapi sebarang langkah yang dilihat berpotensi terhenti selepas ketibaan Antero Henrique sebagai pengarah sukan mereka.

Dia berkata: "Pada awal bulan Jun saya bertemu Nasser sebelum kedatangan Antero Henrique. Ketika Henrique datang ke PSG, mereka memutuskan mereka tidak akan mengambil saya.

"Milan ada tawarkan sesuatu kepada saya, saya sangat berminat dengan projek itu, tapi ia tak berlaku atas banyak sebab." -dailystar

Tags / Kata Kunci: Aubameyang , Real Madrid

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan