Annuar 'Bersuara' Isu Tukar Gelaran TRW

Diterbitkan: Jumaat, 22 September 2017 1:26 PM

Tan Sri Annuar Musa

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menjadi antara individu yang tidak mahu terlepas daripada 'bersuara' ketika cadangan untuk menukar gelaran nama The Red Warriors (TRW) hangat diperkatakan.

Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Jumaat seolah-olah tidak membantah cadangan tersebut.

Malah beliau berkata pihak pengurusan baharu Kafa berhak melakukan apa sahaja demi memajukan bola sepak Kelantan.

"Nama TRW dah tak mahu dipakai lagi? Saya rasa pengurusan baru berhak buat apa saja dan mereka perlu bebas buat apa yang mereka fikir baik... kita sokong.

"Lagi pun Bibi sudah dapat mandat penuh dari ahli gabungan dan beliau perlu lakukan apa jua asalkan baik untuk bola sepak Kelantan. Saya tak mahu komen," tulisnya.

Namun, Annuar berkata seandainya gelaran itu sudah tidak lagi diperlukan, beliau berharap ia dibenarkan untuk digunakan dalam aktiviti sukan tanpa melibatkan Kafa.

"Mungkin akademi bola atau mungkin pasukan bola di mana-mana. Tapi itu hanya jika benar jenama TRW tak diperlukan lagi oleh Kafa," katanya.

Malah, beliau juga sudah memaklumkan mengenai hasratnya itu kepada Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan.

"Saya sudah maklumkan hasrat itu kepada Puan Presiden. Kita sentiasa doakan yang terbaik untuk Kafa," katanya.

Pada masa saya, Annuar yakin mutu bola sepak Kelantan akan meningkat di bawah pimpinan pengurusan baharu.

"Saya percaya bola sepak Kelantan di bawah pengurusan baharu akan muncul lebih hebat dan cemerlang berkat sokongan semua," katanya.

Baru-baru ini, Bibi Ramjani dipetik sebagai berkata akan mempertimbangkan untuk menukar gelaran nama TRW dengan harapan untuk memberikan semangat dan nafas baharu dalam sukan bola sepak negeri itu.

Namun pengasas Desa Murni Batik Kota Bharu itu ketika dihubungi mStar Online meminta semua pihak khususnya penyokong skuad Kijang agar tidak mempersoalkan cadangan untuk menukar gelaran TRW buat masa ini.

"Tak perlu persoal dalam waktu begini. Tak ke arah itu lagi. Saya hanya minta penonton supaya datang ke stadium memberi sokongan kepada pemain agar mereka dapat bermain dengan lebih mantap dan menang di tempat sendiri," katanya.

Tags / Kata Kunci: TRW , Annuar Musa

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan