Ronaldo Hilang Taring?

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 2:51 PM

Cristiano Ronaldo.

(Ubah saiz teks)

REAL Betis mendakwa kemenangan penuh gaya ke atas Real Madrid dengan jaringan Antonio Sanabria menjadikan juara Sepanyol itu memperoleh tujuh mata di depan Barcelona pada puncak La Liga.

Pasukan Zinedine Zidane itu mempunyai peluang untuk mengatasi Betis sebelum disusuli oleh gol penyamaan menentang Valencia dan Levante, namun keputusan ini membuatkan mereka lagi jauh tersasar kerana gagal mencari kemenangan.

Kepulangan Cristiano Ronaldo ke Real Madrid selepas digantung lima perlawanan tidak membawa apa-apa perbezaan dan bintang Portugis itu dilihat telah mensia-siakan beberapa peluang.

Dani Carvajal dan Gareth Bale tidak bernasib baik apabila tuan rumah mendesak pada separuh masa kedua.

Tiada siapa yang dapat menjangka keputusan tersebut boleh berlaku.

Real Madrid membelasah Barcelona pada dua perlawanan sebelum ini menerusi Piala Super Sepanyol dan turut memenangi Piala Super Eropah.

Namun pasukan Zidane itu kini berada tujuh mata di atas Barcelona dan gagal memenangi mana-mana tiga perlawanan di rumah sendiri. Apa yang sedang berlaku? - Eurosport

Tags / Kata Kunci: Real Madrid

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan