Rashford Gandakan Gol Man United

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 7:23 AM

Aksi Marcus Rashford selepas menjaringkan gol pembukaan di Old Trafford, awal pagi Khamis. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

MARCUS Rashford menjadi jaguh buat Manchester United apabila menggandakan kemenangan ketika menentang Burton Albion dalam perlawanan Piala Liga, awal pagi Khamis.

Dua gol pembukaan di Old Trafford, Manchester itu dicatatkan penyerang Rashford pada minit ke-5 dan 17'.

Jaringan pemain berusia 19 tahun itu sekaligus membantu kelab mara ke pusingan keempat liga.

Sementara itu, Jose Mourinho berharap untuk menjadi pengurus pasukan yang pertama mendapatkan gelaran Piala Liga buat kali kelima.

Pemain Jese Lingard menambah jaringan buat Manchester United pada minit ke-36, diikuti Anthony Martial (60').

Pasukan lawan, Burton Albion mencatatkan satu jaringan oleh Lloyd Dyer pada masa kecederaan.

Bagaimanapun, Manchester United terus mempertahankan kedudukan dengan 4-1 di akhir permainan. 

Tags / Kata Kunci: Marcus Rashford

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan