Isu Kontrak: Fokus Zachary Anderson Tak Terjejas

Diterbitkan: Rabu, 20 September 2017 8:51 AM

(Ubah saiz teks)

ISU kontrak import Kedah, Zachary Anderson yang bakal tamat akhir musim ini tidak menjejaskan fokusnya untuk membawa Kedah mencapai kejayaan.

Pertahanan kelahiran Australia itu berkata, sebagai pemain profesional dia tidak membawa isu berkenaan ke dalam padang kerana fokusnya adalah untuk menghadiahkan kejayaan buat skuad hijau kuning.

"Saya tidak mahu fikirkan lagi tentang tahun depan kerana kalau boleh saya ingin tumpu pada baki perlawanan penting Kedah ketika ini.

"Kedah perlu menamatkan saingan Liga Super di kedudukan kedua dan melangkah ke final Piala Malaysia untuk musim ini dan ia penting bagi semua pemain.

"Walaupun status kontrak tahun depan belum jelas tetapi saya akan usahakan untuk Kedah kerana saya sayangkan pasukan ini dan ingin kekal di sini jika diberikan ruang," katanya kepada mStar Online.

Ketika ditanya mengenai status terkini perbincangan kontrak baru, Zachary memberitahu, dia belum menerima sebarang surat mengenainya sehingga malam Selasa.

Menurutnya, sebagai pemain profesional, dia menerima apa sahaja keputusaan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebagai majikan.

"Jika diberi peluang saya ingin kekal bersama Kedah, jika tidak saya perlu pertimbangkan beberapa tawaran dari kelab Thailand, Singapura dan Korea Selatan.

"Ini mengenai masa depan saya, walaupun gembira bersama Kedah dan rakan sepasukan yang sentiasa berusaha di atas padang tetapi segala keputusan terletak kepada KFA sendiri," jelasnya.

Zachary dan seorang lagi pemain import Kedah, Ken Ilso Larsen sebelum ini meluahkan hasrat untuk meninggalkan Kedah selepas Liga Malaysia musim ini berakhir.

Luahan perasaan menerusi laman sosial Instagram itu dibuat selepas KFA didakwa belum lagi berbincang mengenai kontrak yang bakal tamat dalam tempoh tiga bulan lagi.

Walaupun KFA mempunyai masa dalam tempoh tersebut, namun sebagai pemain profesional mereka memerlukan masa untuk mendapatkan pasukan baru selepas kontrak asal tamat.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Zachary Anderson , Australia

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan