Tolong Lunaskan Wang Tajaan - Bibi

Diterbitkan: Rabu, 20 September 2017 8:27 AM

Bibi Ramjani (kiri) beramah mesra bersama pemain Piala Presiden selepas menyelesaikan tunggakan dua bulan gaji skuad tersebut pada Selasa. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan merayu kepada penaja skuad The Red Warriors (TRW) bagi musim 2017 supaya melunaskan wang tajaan seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Jelas pengasas Desa Murni Batik Kota Bharu itu, wang tajaan yang masih belum diterima Kafa setakat ini mencecah hampir RM2 juta.

"Saya minta jasa baik beberapa penaja yang belum melunaskan duit tajaan mereka supaya berbuat demikian dengan segera. Pemain pun dah tunaikan tanggungjawab mereka dengan mempromosikan jenama syarikat mereka pada jersi.

"Setidak-tidaknya wang tersebut boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain dan beberapa perkara berkaitan," katanya kepada mStar Online.

Namun, usahawan berusia 46 tahun itu menegaskan bekas penaja TRW, Datuk Seri Hasmiza Othman bukan antara penaja yang terlibat.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa Datuk Vida tak terlibat. Ia hanya melibatkan penaja bagi musim 2017 sahaja," katanya.

Bibi berkata Kafa sedia berbincang dengan beberapa penaja yang mempunyai masalah untuk menyelesaikan wang tajaan itu.

"Kita sedia bincang... kalau mereka tak boleh bayar semua, mereka bolehlah bayar secara ansuran. Sekurang-kurangnya wang yang dijanjikan akan dibayar," katanya.

Mengulas mengenai tunggakan gaji pemain Liga Super, Bibi berkata beliau sudah menyelesaikan gaji beberapa pemain Kelantan yang masih tertunggak pada bulan Ogos.

"Saya sudah selesaikan sebahagian gaji pemain (Liga Super) hari ini bersama dengan gaji pemain Piala Presiden. Untuk pemain lain, kita akan cuba selesaikan selepas mendapat wang tajaan yang masih belum dibayar," katanya.

Jelas Bibi, Kafa hanya belum melunaskan gaji pemain Liga Super pada bulan Ogos sahaja.

"Sebenarnya Kafa hanya belum bayar satu bulan gaji pemain. Bagi saya, saya tak anggap itu satu tunggakan. Saya minta pemain yang belum dapat lagi gaji mereka supaya bersabar. Beri kami masa untuk dapatkan semula wang tajaan yang masih belum dibayar," katanya.

Menjelang aksi menentang Johor Darul Tazim (JDT) malam Rabu, Bibi bersama dengan beberapa penyokong TRW telah pun berlepas ke negeri itu untuk memberi sokongan kepada pasukan, petang Selasa.

"Saya harap kehadiran saya dapat melonjakkan semangat pemain untuk mengutip mata penting di gelanggang lawan. Perlawanan itu amat penting bagi memastikan pasukan terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kafa , Bibi Ramjani

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan