Mourinho Mahu Rampas Pemain Sasaran City

Diterbitkan: Rabu, 20 September 2017 9:20 AM

Jose Mourinho. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho mahu merampas pemain Arsenal yang menjadi sasaran Manchester City.

Pengurus United dilaporkan telah menawarkan bayaran £25 juta untuk menandatangani penyerang Arsenal ini, yang akan menjadi pemain bebas pada musim panas akan datang.

Sanchez tidak boleh menandatangani pra-kontrak rasmi dengan Red Devils sehingga tahun baru kerana ia merupakan perpindahan dalaman antara dua kelab dalam Liga Perdana.

Tetapi perjanjian boleh dibuat untuk kesepakatan itu.

City cuba mendapatkan Sanchez pada musim panas ini tetapi tawaran akhir bernilai £60 juta ditolak.

Bintang Chile berusia 28 tahun itu mahu beralih ke Etihad tetapi penasihatnya juga ada bercakap tentang United pada masa itu.

Ramai di City terkejut apabila pengurus Pep Guardiola mahu mendapatkan Sanchez pada musim panas, yang bermakna Sergio Aguero atau Gabriel Jesus akan disingkirkan.

Pasangan itu telah menunjukkan kerjasama yang hebat di padang musim ini, mungkin akan membuatkan City menilai semula sama ada mereka mahu terus mengejar Sanchez. -thesun

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan