United, City Biasa Saja - Conte

Diterbitkan: Rabu, 20 September 2017 6:19 PM

Antonio Conte. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Chelsea, Antonio Conte melihat kedudukan Manchester United dan Manchester City di puncak carta Liga Perdana sebagai 'biasa' sahaja.

Dia menegaskan bahawa apa-apa sahaja boleh berlaku sebelum musim berakhir.

Dua kelab Manchester itu saling bersaing dan mencatatkan rekod yang sama selepas lima perlawanan, masing-masing mengumpul 13 mata dan tidak pernah kalah sejak kempen bermula.

Beberapa pakar telah meramalkan bahawa dua kelab ini akan bersaing sengit untuk merebut gelaran musim ini, walaupun juara bertahan Chelsea hanya ketinggalan tiga mata.

Ditanya mengenai pesaingnya, Conte berkata: "Anda sendiri tahu bahawa di England terdapat enam pasukan teratas. Pasukan Manchester berada dalam enam pasukan ini. Ia biasa.

"United dan City saling bersaing, berjuang untuk gelaran dan pertandingan lain adalah biasa. Ia normal.

"Idea bola sepak saya adalah untuk menjadi satu pasukan, dan kemudian pasukan cuba mengekstrak ciri-ciri pemain individu.

"Sekarang kita mempunyai Hazard yang telah pulih selepas kecederaan teruk, begitu juga Pedro selepas berdepan permulaan buruk musim ini kerana kecederaan.

"Kami cuba berdepan situasi sukar, situasi buruk. Cahill digantung tiga perlawanan dan kini David Luiz.

"Apabila anda adalah satu pasukan, anda boleh berdepan situasi seperti ini dengan cara yang betul. Saya pasti tentang ini. Tetapi sekarang ia tidak penting.

"Kami perlu kekal dan cuba melakukan yang terbaik. Pada akhir musim, kita akan lihat apa yang berlaku."

Chelsea mengalami kekalahan mengejutkan kepada Burnley pada hari pembukaan musim ini tetapi bangkit apabila memenangi tiga dari empat perlawanan selepas itu.

The Blues gagal mencuri mata penuh di laman sendiri apabila mencacat keputusan seri berdepan Arsenal pada Sabtu.

Tetapi pasukan Conte dijangka akan menyerlah dalam perlawanan Piala Carabao menentang Nottingham Forest malam Rabu, dengan pengurus kelab ini bersedia untuk membuat beberapa perubahan penting. -metroUK

Tags / Kata Kunci: Antonio Conte , Liga Perdana

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan