Tindakan Kurang Bijak Penyokong Arsenal - Bola Sepak | mStar

Tindakan Kurang Bijak Penyokong Arsenal

Diterbitkan: Isnin, 18 September 2017 10:29 AM

(Ubah saiz teks)

KEGEMBIRAAN melampau seorang penyokong Arsenal ketika merikan gol membawa padah tidak berbaloi untuk dirinya.

Penyokong berkenaan memasuki padang untuk meraikan gol yang dijaringkan Shkodran Mustafi pada minit ke-76.

Bagaimanapun tindakannya memasuki padang ternyata tidak berbaloi apabila pengadil membatalkan jaringan kerana Offside.

Lelaki itu kemudian ditahan oleh pengawal dan dihalang daripada terus menyaksikan perlawanan yang berakhir dengan Arsenal 0 - 0 Chelsea .

Sebagai hukuman, lelaki berkenaan berkemungkinan tidak dapat memasuki stadium untuk seumur hidup.

Walaupun tiada pemisah atau pagar antara penyokong untuk memasuki padang namun, Liga Perdana Inggeris mengenakan hukuman berat kepada mereka yang melanggar peraturan.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Chelsea , EPL
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan