Lesen Memandu Rooney Digantung Dua Tahun

Diterbitkan: Isnin, 18 September 2017 9:27 PM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Everton, Wayne Rooney tidak dibenarkan memandu selama dua tahun selepas mengaku bersalah atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Bekas kapten England itu tiba di Mahkamah Majistret Stockport selepas ditahan pada awal pagi 1 September lalu semasa memandu kenderaan Volkswagen Beetle berwarna hitam milik seorang wanita di Wilmslow, Cheshire.

Rooney didakwa memandu melebihi had laju ditetapkan dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Pada Isnin, semasa perbicaraannya, mahkamah memutuskan penggantungan lesen memandu Rooney digantung.

Malah dia juga dikenakan perintah komuniti selama setahun dan perlu menjalani tugas tidak berbayar selama 100 jam.

Peguam Rooney berkata dia amat menyesali kesilapannya sambil menambah pemain berusia 31 tahun itu akan dikenakan denda potongan gaji selama dua minggu oleh Everton.

Potongan gaji itu dianggarkan bernilai 300,000 pound sterling.

Malah, Rooney turut meminta maaf secara umum di atas kesilapan tersebut.

"Saya sudah meminta maaf kepada keluarga saya, pengurus dan juga pengerusi serta sesiapa sahaja di dalam Everton FC. Kali ini saya mahu meminta maaf kepada semua penyokong dan sesiapa saya yang menyokong karier saya.

"Sudah tentu saya menerima hukuman yang ditetapkan mahkamah. Saya juga berharap saya boleh memperbaiki kesilapan itu dengan melakukan khidmat masyakarat," katanya.

Rooney kembali semula ke Everton dari Manchester United pada musim panas lalu.

Dia turut diturunkan ketika Everton tewas 0-4 kepada United di Old Traford, malam Ahad.

Tags / Kata Kunci: Wayne Rooney

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan