Tok Gajah Lega Bekalan Selesa

Diterbitkan: Ahad, 17 September 2017 8:30 AM

Penjaring gol pertama Pahang Wan Zuharulnizam Wan Zakaria meraikan jaringan gol kedua Mohd Afif Amiruddin (depan) ketika menentang Perak pada perlawanan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur. - Bernama

(Ubah saiz teks)

SKUAD Tok Gajah meraih bekalan selesa selepas mencatatkan kemenangan 3-1 dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2017 di Stadium Darul Makmur di sini, Sabtu malam.

Separuh babak pertama menyaksikan penguasaan Pahang dengan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria memecahkan kebuntuan jaringan untuk gol pembukaan perlawanan pada m-36.

Selang dua minit kemudian kekalutan di depan gawang lawan berjaya dimanfaatkan oleh pemain pertahanan Mohd Afif Amiruddin untuk gol kedua perlawanan.

Tuan rumah terus mengukuhkan penguasaan mereka dan kali ini giliran kapten pasukan Matthew Davies merobek gawang lawan pada m-40.

Kedudukan kekal dan Perak masih gagal memecahkan kebuntuan hingga tamat separuh babak pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua Perak memecahkan kebuntuan selepas pemain importnya Gilmar Jose Da Silva Filho menghasilkan gol sulung pada m-68.

Kedudukan kekal walaupun empat minit masa tambahan diberikan menyaksikan Pahang meraih kemenangan di halaman sendiri. - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Piala Malaysia 2017

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan