Ronaldo Ke Sporting Lisbon

Diterbitkan: Ahad, 17 September 2017 2:43 PM

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo kembali ke Sporting Lisbon.

Penyerang Real Madrid itu menerima jemputan untuk menyaksikan perlawanan bekas kelabnya itu menentang Tondela.

Bekas bintang Manchester United itu kini terpaksa berehat gara-gara digantung lima perlawanan selepas menolak pengadil ketika aksi La Liga bertemu Real Sociedad sebelum ini.

Ronaldo turut terlepas dua aksi Supercopa menentang Barcelona, serta Deportivo La Coruna, Valencia dan Levante saingan liga.

Penyokong kelab Green and White itu menyanyikan nama Ronaldo ketika aksi kemenangan 2-0 perlawanan tersebut.

Ronaldo dilihat hadir ke Estadio Jose Alvalade bersama teman wanitanya, Georgina Rodriguez.

Sporting Lisbon merupakan kelab terawal Ronaldo memulakan kariernya bersama skuad remaja sebelum menyertai pasukan utama bermula 2002 hingga 2003.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan