Redknapp Dipecat

Diterbitkan: Ahad, 17 September 2017 1:35 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pengurus veteran, Harry Redknapp dipecat kelab divisyen dua Birmingham City, selepas kalah 1-3 di tangan Preston North End yang berlangsung di laman sendiri.

Pengendali berusia 70 tahun itu, yang pernah melatih Tottenham Hotspur dan Portsmouth sebelum ini kecundang selepas perlawanan ke-13 yang dikendalikannya.

Redknapp dianggap sebagai penyelamat buat seketika apabila membantu Birmingham kekal di divisyen itu musim lalu selepas mengambil alih tugas Gianfranco Zola.

Bagaimanapun, Birmingham mengalami kekalahan keenam berturut-turut dan hanya meraih empat mata dalam lapan perlawanan liga.

"Saya kecewa. Ia terlalu sukar, saya mempunyai seminggu bersama pasukan dan pemain baru.

"Ia bukannya alasan tapi hari ini saya kehilangan khidmat tiga penyerang, sejujurnya mereka pemain terbaik saya.

"Kami perlukan masa untuk membina pasukan bola sepak, bukannya seminggu. Saya tidak mendapat pemain yang diperlukan selepas pra musim dan tiba-tiba saya mendapat ramai pemain baru.

Katanya, ramai pemain yang menjadi sasarannya gagal diperoleh untuk membantuk pasukan yang kuat.

"Jika diberi masa, saya akan membentuk satu pasukan yang mampu mencabar untuk ke Liga Perdana, saya tidak ragu-ragu mengenainya," kata Redknapp.- AFP


Tags / Kata Kunci: Redknapp , Birmingham City

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan