Skuad Bola Sepak Pantai Rangkul Juara

Diterbitkan: Ahad, 17 September 2017 6:56 PM

Foto kredit: FAM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia muncul juara Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabangsa Busan kedua selepas menewaskan Awesome Club dari China 6-3 pada aksi akhir di Pantai Songdo, Korea Selatan, Ahad.

Penyerang berusia 35 tahun dari Terengganu, Zaharim Yusof meledak dua gol bagi Malaysia, manakala Fakhruddin Mohamad, Riduwan Md Noor, Fakhrullah Mohamad dan Ridhwan Zainal masing-masing menjaringkan satu gol bagi skuad negara, menurut laman Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Lebih membanggakan apabila penyerang Ridhwan dinobatkan sebagai pemain paling bernilai kejohanan, manakala pemain pertahanan Fakhrullah muncul penjaring terbanyak selepas menjaringkan tujuh gol sepanjang kejohanan dua hari itu.

Tempat ketiga menjadi milik kelab BSC dari Jepun, manakala pasukan PTU dari Thailand menamatkan saingan di tempat keempat.

Terdahulu, Malaysia mara ke final selepas menewaskan BSC 4-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 4-4 pada pusingan separuh akhir dan kelab Unknown dari Korea Selatan 8-2 pada suku akhir.

Pada kejohanan jemputan itu, Malaysia muncul juara Kumpulan D untuk mara ke suku akhir selepas membenam dua kelab tuan rumah, iaitu Busan Transportation Corporation 5-0 dan Songdo Baby FS 6-1.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Bola Sepak pantai

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan