JDT, PKNP FC Hampir Pasti Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 16 September 2017 9:58 AM

Pemain Felda United Dino Djulbic (tiga, kiri) bersaing dengan pemain PKNP FC, Muhd Shahrel Fikri Md Fauzi (tiga, kanan) pada perlawanan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak (STAR) malam Jumaat. - Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan wakil Liga Perdana, PKNP FC mencerahkan peluang ke separuh akhir Piala Malaysia setelah mencatat kemenangan selesa pada aksi suku akhir pertama, malam Jumaat.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka, pasukan JDT tidak mendapati masalah untuk mencatatkan kemenangan selesa 4-1 ke atas Melaka United.

JDT, yang mendahului 2-1 pada babak pertama menerusi jaringan Mohammed Ghaddar pada minit ketujuh dan 33, menambah dua lagi gol pada babak kedua menerusi Natxo Insa pada minit ke-68 dan Safiq Rahim pada minita ke-85.

Gol sagu hati Melaka United menerusi penyerang Marko Simic pada minit ke-45.

PKNP FC, yang membuat penampilan sulung pada kempen Piala Malaysia, pula melakarkan kejutan apabila membenam  pasukan Liga Super, Felda United 3-1 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang.

Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi muncul wira pasukan pelawat kendalian Abu Bakar Fadzim apabila melakar jaringan hatrik pada minit ke-10,  ke-45 dan minit ke-67 sebelum Muhammad Hadin Azman mengurangkan defisit jaringan untuk Felda United pada minit ke-76.

Pemain PKNP FC, Muhd Shahrel Fikri Md Fauzi meraikan jaringan gol hatrik dengan gaya tersendiri ketika menentang Felda United pada perlawanan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak (STAR).

Dalam pada itu, juara bertahan Piala Malaysia, Kedah sekadar membawa kelebihan satu gol menjelang aksi timbal balik setelah menang tipis 3-2 ke atas juara 33 kali, Selangor di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Tiga gol skuad Lang Merah dijaringkan oleh Ken Ilso Larsen pada minit ketujuh dan minit ke-14 serta pemain sayap, Mohd Syazwan Zainon pada minit ke-68.

Pemain import dari Sepanyol,  Rufino Segovia del Burgo meledak dua gol untuk Selangor pada minit ke-53 dan minit ke-71.

Satu lagi aksi suku akhir pertama antara Pahang dan Perak akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sabtu.

Saingan suku akhir kedua Piala Malaysia akan berlangsung pada 23 dan 24 Sept ini. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Piala Malaysia , JDT , PKNP FC

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan