Piala AFF: Peluang Skuad B-19 Lakar Sejarah

Diterbitkan: Sabtu, 16 September 2017 4:51 PM

Kredit foto: FAM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Barisan pemain Bawah 19 Tahun (B-19) negara  berpeluang melakar rekod sulung bergelar juara Piala Konfederasi Bola Sepak Asean (AFF) Bawah 18 Tahun.

Ini kerana  skuad negara ke pentas akhir buat kali kelima selepas tahun 2003, 2005, 2006 dan 2007.

Skuad kendalian jurulatih kelahiran Croatia berusia 46 tahun, Bojan Hodak mara ke pusingan akhir pada Jumaat selepas mengetepikan skuad tuan rumah, Myanmar menerusi penentuan penalti, 5-4.

Malah skuad B-18 tahun ini menjadi harapan untuk misi menebus maruah selepas skuad negara (B-23) tewas kepada Thailand pada final Sukan SEA hujung bulan lalu.

Namun, diakui pertemuan dengan Thailand selaku juara bertahan kejohanan ini sebanyak empat kali (2002, 2009, 2011 dan 2015) bukan sesuatu yang mudah.

Bagaimanapun berdasarkan prestasi semasa skuad muda negara, kejutan mampu dilakukan ke atas pasukan Gajah Putih itu dengan adanya beberapa pemain berpengalaman.

Antaranya, bintang muda Kedah, Akhyar Rashid yang sebelum ini bersama skuad Bawah 23 Tahun negara ke Sukan SEA, Azri Ab Ghani, Shafizi Iqmal Md Khairuddin dan lain-lain lagi.

Untuk rekod, pertemuan dengan Thailand dalam aksi peringkat kumpulan Selasa lalu berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Perlawanan akhir berlangsung di Stadium Thuwunna, Yangon pada Ahad, pukul 7.30 waktu tempatan.

Tags / Kata Kunci: Piala AFF

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan