Piala Malaysia: Baddrol Bakhtiar Yakin

Diterbitkan: Jumaat, 15 September 2017 8:52 AM

Baddrol Bakhtiar

(Ubah saiz teks)

BADDROL Bakhtiar yakin Kedah mampu mencipta kemenangan ketika menentang Selangor dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia di Selayang, Jumaat malam.

Pemain kebangsaan itu menzahirkan keyakinannya berdasarkan kekuatan keseluruhan pasukan skuad hijau kuning yang terdiri daripada pemain muda dan berpengalaman.

Menurutnya, pengalaman yang ada pada sembilan pemain yang baru sahaja pulang daripada mewakili skuad kebangsaan pastinya memberi kelebihan untuk Kedah.

"Kelebihan Kedah ialah kita ada sembilan pemain yang baru saja pulang daripada mewakili skuad kebangsaan. Pengalaman yang ada mampu membantu kami mendapat tiga mata.

"Kami tahu tidak ada laluan mudah untuk mendapat tiga mata dalam perlawanan ini kerana Selangor juga sebuah pasukan yang hebat.

"Tetapi kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kemenangan dapat dicapai dalam perlwanan kali ini," katanya kepada mStar Online.

Pemain Kedah yang dipanggil mewakili skuad Harimau Malaya ialah Rizal Ghaazali, Fitri Omar, Akram Mahinan, Farhan Abu Bakar, Syazwan Zainon dan Baddrol.

Manakala Syafiq Ahmad, Amirul Hisyam Awang Kecik, Ifwat Akmal Che Kassim dan Arif Farhan Mohd Isa berjaya membantu skuad Sukan SEA meraih pingat perak baru-baru ini.

Baddrol menambah, kesemua pemain utama berada dalam keadaan baik tanpa kecederaan dan mereka sedia mengikut segala arahan dan disiplin yang ditetapkan barisan jurulatih.

"Apa yang penting kami perlu berusaha sepanjang permainan dan tidak melakukan kesilapan yang dapat memberi peluang kepada pasukan tuan rumah.

"Kita akan cuba yang terbaik untuk mengekang serangan lawan sambil berasak mendapatkan gol dalam perlawanan ini,"ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Baddrol Bakhtiar , Piala Malaysia , Kedah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan