Chelsea Tiada Tandingan - Ferdinand

Diterbitkan: Khamis, 14 September 2017 8:10 AM

(Ubah saiz teks)

LEGENDA Manchester United, Rio Ferdinand yakin Chelsea satu-satunya pasukan Liga Perdana Inggeris yang akan kekal konsisten di pentas Liga Juara-Juara.

Anak buah Antonio Conte menundukkan Qarabag 6-0 di Stamford Bridge, awal pagi Rabu.

Malah, Chelsea akan menghadapi ujian getir apabila akan bertemu dengan Atletico Madrid dan Roma tetapi Ferdinand percaya taktikal Conte berupaya membantu pasukan itu menundukkan lawan mereka.

Rio Ferdinand.

"Mereka pasukan yang paling seimbang. Pengurus berusaha keras dan berdasarkan apa yang anda dengar, dia mempraktikkan taktikal dalam latihan harian mereka.

"Pemain pun ibarat sudah memahami antara satu sama lain sebagai individu dan juga pasukan. Oleh itu, mereka harapan terbaik kita mewakili pasukan dari England.

"Dengan pasukan lain anda dapat lihat kekurangan. Manchester United mungkin tidak boleh menyaingi pasukan teratas begitu juga Manchester City.

"Jentera serangan mereka masing-masing hebat tetapi Chelsea tiada tandingan," kata Ferdinand.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Rio Ferdinand

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan