Ancelotti Sedia Ganti Wenger

Diterbitkan: Khamis, 14 September 2017 7:55 AM

(Ubah saiz teks)

CARLO Ancelotti terbuka untuk kembali ke pentas Liga Perdana Inggeris pada musim panas akan datang jika jodohnya bersama Bayern Munich tidak panjang.

Baru-baru ini timbul khabar angin bahawa Pengurus Hoffenheim Julian Nagelsmann dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern pada hujung musim ini.

Malah kelab gergasi Jerman itu dilaporkan telah mengubah terma dan syarat dalam kontrak Ancelotti.

Ini bermakna pengendali kelahiran Itali itu bebas menyertai mana-mana kelab pada musim panas akan datang.

Menurut ESPN, Ancelotti gembira bersama Bayern tetapi pengendali berusia 58 tahun itu mahu kembali ke England jika kelab tersebut memutuskan untuk menukar pengurus.

Ancelotti disebut-sebut sebagai pengganti Arsene Wenger memandangkan pengendali Perancis itu hanya mempunyai baki kontrak selama setahun lagi bersama Arsenal.

Wenger menandatangani kontrak baharu pada hujung Mei lalu tetapi mengakui dia teragak-agak untuk meneruskan khidmatnya di Emirates.

Ancelotti pernah memimpin Chelsea selain turut disenarai pendek oleh Manchester United dan Liverpool sebelum kehadiran Jose Mourinho dan Jurgen Klopp.

Mengulas mengenai Nagelsmann yang dikaitkan dengan Bayern awal minggu ini, Ancelotti berkata:"Saya fikir ia normal kerana seorang pengurus muda seperti Julian mempunyai impian untuk melatih kelab terkemuka dunia.

"Malah dia juga warga Jerman, ia sesuatu yang normal dan tahun lalu saya beritahu dia bahawa mungkin pada masa depan dia berpeluang menjadi pengurus sebuah kelab hebat," kata Ancelotti.

Tags / Kata Kunci: Carlo Ancelotti , Arsenal

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan