Pogba Direhatkan Dua Minggu - Bola Sepak | mStar

Pogba Direhatkan Dua Minggu

Diterbitkan: Rabu, 13 September 2017 7:31 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho yakin Paul Pogba akan diketepikan selama dua minggu selepas mengalami kecederaan hamstring ketika Manchester United menundukkan FC Basel 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara peringkat kumpulan, awal pagi Rabu.

Pemain kebangsaan Perancis itu hanya beraksi selama 19 minit di Old Trafford selepas dikasari Mohamed Elyounoussi.

Mourinho mengesahkan pemain tengah itu akan terlepas aksi Liga Perdana Inggeris menentang Everton, Ahad ini.

Pogba turut dilihat meninggalkan padang dengan menggunakan topang ketiak.

"Saya tidak tahu, tapi bagi saya dua minggu. Saya belum bercakap dengannya atau pasukan perubatan. Namun pasukan bersedia dengan apa jua kemungkinan.

"Kami tidak menangis, tiada Paul pada Ahad (menentang Everton), tapi kami ada Ander Herrera, Marouane Fellaini, Michael Carrick dan juga Nemanja Matic," kata Mourinho.

Menurut Mourinho, berdasarkan pengalamannya Pogba mengalami kecederaan berkaitan otot.

"Berdasarkan pengalaman saya, kecederaan otot menghalang anda untuk beraksi beberapa minggu, saya fikir begitu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Paul Pogba
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan