Rayuan Lesen Kelab, Tiada Pengumuman Pada 15 September - FAM

Diterbitkan: Rabu, 13 September 2017 11:07 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keputusan rayuan kelulusan lesen berstatus kelab kepada lima pasukan akan diumumkan pada tarikh yang akan ditentukan kelak.

Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malysia (FAM) mengumunkan lima daripada 12 pasukan Liga Super gagal mendapatkan kelulusan lesen kelab FAM atau Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berikutan tidak mengikuti kriteria yang ditetapkan.

Lima persatuan yang gagal setakat ini ialah Felda United, Kedah FA, Melaka United, Kelantan FA dan Sarawak FA.

"Segala rayuan akan diuruskan oleh Badan Rayuan dan kita akan maklumkan keputusannya. Bukan 15 haribulan atau lain-lain.

"Kami tidak ada menyebut sebarang tarikh untuk keputusan tersebut selagi tidak dimaklum oleh pengerusi," ujarnya ringkas kepada mStar Online.

Sehingga kini tiga persatuan yang disahkan membuat rayuan kepada FAM iaitu Felda FC, Kedah FA dan Melaka United.

"Segala keputusan terima atau tolak rayuan akan dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Badan Rayuan (selepas Mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM (pengerusi, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif) dalam masa terdekat ," tambahnya.

mStar Online sebelum ini melaporkan Kedah FA, Melaka United dan Felda United telah membuat rayuan untuk mendapatkan status kelab untuk membolehkan mereka beraksi pada Liga Super 2018.

Lesen Kelab: Kedah, Melaka Buat Rayuan

Felda United Yakin Dapat Lesen Kelab

Setiap pasukan yang memohon lesen kelab perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017.

Selain itu, tujuh daripada 12 pasukan yang beraksi di Liga Super telah mendapat kelulusan lesen kelab FAM adalah Johor Darul Ta'zim (JDT), Pahang FA, Perak FA, PKNS FC, Penang FA, Selangor FA dan T-Team FC.

Tags / Kata Kunci: Lesen Kelab

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan