Azraai Khor Kongsi Kenapa Tuanku Peminat No.1 Kedah

Diterbitkan: Selasa, 12 September 2017 11:55 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Legenda bola sepak Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah mendedahkan sisi sebenar Almarhum Tuanku Abdul Halim Muad'zam Shah sehingga menjadikan baginda kesayangan rakyat negeri Jelapang Padi itu terutamanya pemain skuad Lang Merah.

Menurut Mohd Azraai, Tuanku Abdul Halim bukan sahaja senang didampingi tetapi merupakan peminat fanatik No.1 pasukan Kedah dan mengenali semua pemain skuad itu.

"Baginda kenal semua nama pemain lama seperti Radhi Mat Din, Norazam Isa, Ahmad Sabri Ismail, Muhammad Nidzam dan beberapa pemain lain.

"Pernah suatu ketika kami pergi menghadap baginda. Betapa hubungan kami rapat ketika itu. Baginda begitu low profile dan merendah diri. Itu antara memori yang tidak dapat kami lupakan," katanya kepada mStar Online.

Jelas Mohd Azraai yang memimpin Kedah memenangi kejuaraan 'double treble' pada 2007 dan 2008, Tuanku sentiasa memberi sokongan kepada pasukan dan pemain kebangsaan sejak tahun 70-an lagi.

Kenangan yang tidak dapat dilupakan beliau apabila dirinya disapa Tuanku ketika berjoging di Jalan Maxwell dekat Taman Rimba, Alor Setar, Kedah.

"Apabila dapat panggilan skuad kebangsaan, saya berlari di Jalan Maxwell yang sekarang dikenali sebagai Jalan Menteri dekat Taman Rimba. Dekat situ ada padang golf. Kebetulan masa tengah berlari tu, Tuanku sedang main golf.

"Baginda tanya ini persediaan untuk apa? Saya cakap dapat panggilan skuad kebangsaan. Baginda memang seorang sultan yang berjiwa rakyat. Jadi kita kehilangan seorang peminat No.1 skuad Kedah," katanya.

Sebagai seorang yang amat meminat sukan bola sepak, Mohd Azraai berkata Tuanku akan hadir menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan Kedah terutamanya aksi di pentas final.

"Sewaktu saya jadi jurulatih Kedah, Tuanku memang kerap beri sokongan dan datang tengok perlawanan pasukan. Boleh dikatakan selepas aksi final baginda akan bersantapan dengan pasukan.

"Baginda akan beri kata-kata perangsang dan pujian di atas semua usaha keras pegawai, jurulatih dan juga pemain yang berjaya mengangkat nama skuad Kedah," katanya.

Jurulatih berpengalaman berusia 62 tahun itu berkata beliau amat berbangga kerana dapat menghadiahkan kejuaraan 'double treble' kepada Tuanku pada 2007 dan 2008.

"Saya rasa amat bangga sewaktu di bawah pimpinan Tuanku, kami dapat hadiahkan kejayaan paling besar untuk bola sepak Kedah. Ia satu pencapaian terbaik yang tidak pernah dilakukan pasukan lain," katanya.

Mohd Azraai berkata, antara kata-kata Tuanku yang sentiasa terpahat di memorinya adalah 'Anda lakukan tugas dengan baik dan cemerlang. Anda buat rakyat Kedah bangga.'

"Kata-kata itu masih segar dalam ingatan sampai bila-bila. Ia menunjukkan betapa baginda seorang yang penyayang dan tahu menghargai usaha keras rakyatnya," kata pengendali kelahiran Alor Setar, Kedah itu.

Beliau yang juga merupakan pengendali paling lama memimpin Kedah turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Tuanku Abdul Halim di Istana Anak Bukit pagi Selasa.

"Saya dalam perjalanan ke sana. Sudah tentunya baginda akan dikenang seluruh rakyat Kedah terutamanya warga bola sepak negeri ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan