Pasukan Lembah Klang Tagih Khidmat Pemain Muda Kelahiran Johor

Diterbitkan: Isnin, 11 September 2017 1:20 PM

Adib (dua kiri) dan rakan sepasukannya N. Thanabalan hadir pada majlis penutup Klinik Futsal SZFC pada Ahad. Turut kelihatan Shafiq dan Pengetua Sekolah Antarabangsa Fairview, Dr Vincent Chian (kanan).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain pertahanan Felcra FC, Muhammad Adib Zainuddin mengakui belum dapat memastikan mengenai masa depannya.

Kapten Bawah 22 Tahun Negara (B-22)  itu berkata, beberapa pasukan Liga Malaysia dikatakan mahu mendapatkan khidmatnya pada musim depan.

"Setakat ini tidak ada hitam putih tawaran cuma khabar angin sahaja.

"Tawaran yang saya dengar itu daripada pasukan Liga Super dan Liga Perdana di sekitar Lembah Klang," ujarnya ketika ditemui pada majlis penutup Klinik Futsal Ramaja anjuran SZ FC.

Bagaimanapun, pemain kebangsaan berusia 22 tahun itu tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara tersebut.

"Apa yang penting bagi saya adalah ingin memberi fokus dan membantu kelab saya, Felcra FC mara di Liga Perdana tahun depan.

"Mengenai tawaran oleh pasukan negara lain (seperti yang dilaporkan akhbar tempatan sebelum ini) saya tidak tahu mengenainya.

"Pun begitu, jika benar (tawaran ke Thailand) saya sangat gembira dengan apa yang ditawarkan dan akan cuba ke sana.

"Cuma pada masa ini saya belum menerima apa-apa tawaran. Tetapi saya tidak akan berhenti berharap," jelas pemain kelahiran Johor ini.

Dalam pada itu, klinik futsal SZFC yang berlangsung dua hari bermula Sabtu lalu merupakan projek seorang pelajar Sekolah Antarabangsa Fairview,  Muhammad Noor Syafiq Mohd Zamri.

Muhammad Noor Syafiq yang juga merupakan pengarah projek kem futsal ini memberitahu, klinik futsal ini dapat membantu peserta-peserta mempelajari teknik asas futsal dan pada masa sama meningkatkan lagi minat untuk terus aktif dalam bidang itu.

“Kem ini bukan sahaja sebagai tugasan penting saya, sebaliknya ia dapat memberi banyak faedah kepada pemain-pemain muda dalam menambahkan lagi teknik asas futsal.

“Dalam masa sama, yuran setiap peserta yang menyertai kem ini akan disalurkan kepada beberapa buah rumah anak yatim, rumah kebajikan orang tua serta individu yang kurang upaya.

“Selaku pengarah projek, objektif saya bukan semata-mata untuk menyempurnakan tugasan akhir, sebaliknya ingin berkongsi kemahiran bermain futsal dengan golongan remaja ini.

“Saya gembira kerana sambutan yang begitu baik walaupun kem hanya berlangsung selama dua hari.

“Dalam masa sama juga, saya berterima kasih kepada Adib Zainuddin yang sudi hadir memberi sokongan kepada program ini,” ujarnya kepada mstar Online.                                       

Tags / Kata Kunci: Adib Zainuddin , SZFC

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan