Mane Minta Maaf

Diterbitkan: Ahad, 10 September 2017 3:18 PM

(Ubah saiz teks)

PENJAGA gol Manchester City Ederson terselamat daripada kecederaan serius selepas mukanya diterjah Sadio Mane ketika pertembungan di Stadium Etihad, malam Sabtu.

Mane diperintah keluar padang akibat kekasaran yang dilakukan menyebabkan Ederson menerima jahitan di kepalanya tetapi mujurlah tiada sebarang keretakan dilaporkan.

Namun Pengurus City, Pep Guardiola tidak menyalahkan Mane tetapi mengesahkan Ederson tidak mengalami kecederaan serius.

"Sudah tentu dia tidak berniat berbuat demikian kerana dia tidak melihat kesannya begitu teruk. Saya fikir dia mengekori bola. Namun tindakannya amat berbahaya.

"Ederson tidak mengalami keretakan tulang. Harap dia dapat kembali segera. Dia ok," kata Guardiola.

Ederson.

Dalam pada itu, Ederson menerusi Twitternya memberitahu dia dalam keadaan baik.

"Hai semua, saya baik. Ia merupakan kemenangan penting untuk kami. Kami kuat. Terima kasih di atas mesej sokongan anda," katanya.

Ia disusuli permohonan maaf daripada penyerang Liverpool itu.

"Saya harap Ederson cepat pulih," tulis Mane di Facebooknya.

Pada masa sama, Mane turut memohon maaf di atas kekasaran yang dilakukan tanpa sengaja itu.

"Saya minta maaf dia cedera akibat pelanggaran di atas padang. Saya minta maaf kerana dia tidak dapat beraksi sepenuhnya. Saya doakan dia semoga cepat sembuh dan kembali memperkuat pasukan," kata Mane.

Ederson yang diganti Claudio Bravo terpaksa dibawa ke Institut Kesihatan dan Prestasi Manchester untuk dipantau tahap kecederaannya.

Tags / Kata Kunci: Sadio Mane , Ederson

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan