Kedah Sedia Jumpa Selangor

Diterbitkan: Ahad, 10 September 2017 7:09 AM

Pemain Kedah Liridon Krasniqi (tengah) diasak pemain Kelantan Faizol Nazlin Sayuti pada perlawanan Piala Malaysia 2017 di Stadium Darul Aman malam Sabtu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Juara bertahan, Kedah, sudah bersedia untuk berdepan dengan gergasi merah yang juga Juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2017.

Mengakui saingan pasti lebih hebat selepas ini, Ketua Jurulatih Kedah Mohd Nidzam Adzha Yusoff  berkata pasukannya akan cuba melangkah ke peringkat seterusnya dengan kemenangan bergaya walaupun terpaksa bertemu dengan pasukan yang digeruni.

"Untuk prestasi malam ini, kita lebih fokus kepada empat pemain import kerana lebih sebulan mereka tidak bermain dan kita lihat mereka bersedia untuk bermain di peringkat suku akhir dan digandingkan semula dengan pemain kebangsaan," katanya kepada pemberita di sini malam Sabtu.

Perlawanan Piala Malaysia Kedah menentang Kelantan malam tadi yang berkesudahan 2-0 menyaksikan Kedah, yang sudahpun mengesahkan slot ke suku akhir, bertemu dengan naib juara Kumpulan D iaitu Selangor.

Perlawanan itu menyaksikan pemain-pemain muda diberi peluang beraksi seperti Syafiq Ahmad, Amirul Hisyam Awang Kecik, Mohamad Arif Farhan Md Isa dan Mohd Ifwat Akmal Che Kassim.

Tujuh pemain yang mewakili Harimau Malaya pula diberi peluang untuk berehat setelah mengambil kira beberapa perlawanan besar yang disertai mereka sebelum ini bagi membantu skuad kebangsaan.

Menyentuh mengenai peluang untuk pemain muda mencuri slot kesebelasan utama pada perlawanan suku akhir itu nanti, Mohd Nidzam berkata mereka perlukan lebih masa dan perlawanan untuk menggalas tugas di peringkat lebih tinggi.

"Tahniah kepada pemain baru diturunkan malam ini kerana mampu menggalas tugas tanpa bolos harap momentum kemenangan ini boleh dibawa ke peringkat seterusnya," katanya.

Mengenai kecederaan Muhammad Syazwan Tajudin dan Muhammad Hanif Mat Dzahir dalam perlawanan malam Sabtu, beliau berkata kecederaan itu tidak serius dan menambah, ramai lagi pemain lain yang boleh berada di posisi tersebut selain pemain kebangsaan yang akan turun bermain semula. 

Tags / Kata Kunci: Kedah , Selangor , Piala Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan