Ibra Sampaikan Pesan Untuk JM

Diterbitkan: Sabtu, 9 September 2017 3:58 PM

(Ubah saiz teks)

ZLATAN Ibrahimovic sedia untuk kembali beraksi selepas kecederaan lututnya sudah pulih.

Penyerang Manchester United itu menunjukkan perkembangan kecederaan itu dengan memuat naik gambar di laman Instagramnya dengan kapsyen ditujukan kepada pengurus, Jose Mourinho;  'I'm coming'.

Pemain berusia 35 tahun itu dan Michael Carrick telah membuat keputusan untuk memikirkan karier mereka musim depan, tetapi pemain kelahiran Sweden itu teruja untuk kembali musim ini.

Sebelum ini, bekas bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu menyambung kembali kontraknya di Old Trafford selepas berakhir musim lalu.

Dia ditawarkan kontrak selama setahun.

Zlatan dan bersama kapten United, Carrick antara dua pemain yang kontrak mereka akan berakhir hujung musim ini.

Menurut Mourinho sebelum ini, Zlatan dan Carrick di bawah kawalan kelab.

"Sudah tentu ia ada perbezaan (kontrak pilihan setahun).

"Apabila kelab mempunyai kontrak pilihan satu tahun, ia bermakna pemain masih ada lagi setahun lagi kontrak bersama kami. Jadi tiada siapa yang berada di tahun terakhir.

"Carrick dan Zlatan berada di bawah kawalan kelab sehingga musim 18/19. Jadi kita hanya bercakap mengenai Jun 2019. Tiada pemain yang menamatkan kontraknya."

Tags / Kata Kunci: zlatan Ibrahimovic , Jose Mourinho

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan