United Tak Macam Chelsea - Mourinho

Diterbitkan: Sabtu, 9 September 2017 9:12 AM

Antonio Conte. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho menegaskan cabaran Manchester United musim ini adalah membina sebuah pasukan bola sepak yang 'menyerang', tidak seperti kejayaan Chelsea di bawah Antonio Conte.

United menduduki tangga teratas selepas tiga perlawanan, dengan sembilan mata dan 10 gol.

Mereka akan berdepan cabaran sukar hujung minggu ini ketika melawat Stoke, tempat di mana United belum pernah menang perlawanan liga sejak tahun 2013.

Tetapi Mourinho telah menjanjikan pasukannya akan menyerang Stoke dan setiap pasukan lain dalam Liga Perdana musim ini, sambil membandingkannya dengan corak permainan skuad juara musim lalu, Chelsea.

Dia memberitahu sidang akhbar pada Jumaat: "Kami cuba memberikan yang terbaik.

"Kami tahu jika anda melihat secara pragmatik, melihat pemenang terakhir Liga Perdana, mereka tidak menyerang, mereka bermain secara bertahan dan bermain bola sepak serangan balas.

"Jadi berdasarkan hasil yang mereka tunjukkan, itulah cara untuk memenangi Liga Perdana.

"Kami cuba bermain mengikut kualiti pemain kami. Kami cuba bermain positif, kami cuba bermain dengan baik dan cuba untuk menang.

"Tapi jika satu hari untuk menang, kami perlu bermain cara bertahan, kami perlu melakukannya. Dan jika ketika melawan Stoke mereka mendominasi dan meletakkan kami di bawah tekanan kami harus merendah diri dan perlu pragmatik serta berdepan realiti.

"Jika anda tanya saya, adakah kami akan pergi ke sana dan bermain secara bertahan, tidak, kami tidak akan melakukannya, kami akan cuba bermain dan menjaringkan gol.

"Tetapi jika lawan kami lebih baik dan dominan, kami cukup merendah diri untuk mengubah corak permainan," katanya. -ESPN


Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Antonio Conte

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan